Doktorpedia
Doktorpedia
UtamaArtikelKategoriTentang KamiPasukan
Doktorpedia
TentangPasukanHubungiDisclaimerPrivasi

Maklumat dalam Doktorpedia adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila berjumpa doktor untuk sebarang masalah kesihatan.

© 2026 Doktorpedia. Hak cipta terpelihara.

  1. Utama
  2. Ortopedik (Penyakit Tulang)
  3. APA ITU GOUT ?
Ortopedik (Penyakit Tulang)

APA ITU GOUT ?

Nor Aiman Aliff
Ditulis oleh Nor Aiman Aliff
•
7 April 2026
•
7 minit bacaan
Kongsi:

Apa Itu APA ITU GOUT ??

Gout ?
- Gout ini adalah satu penyakit sendi yang akan menyerang sendi kecil
- Berlaku apabila asid urik dalam darah terlalu tinggi
- Asid urik ini akan membentuk kristal tajam dalam sendi
- Menyebabkan sakit di sendi, bengkak, kemerahan dan panas

Sendi Paling kerap : Ibu jari kaki,jari jari kaki, jari jari di tangan.

Punca

Ini proses sebenar yang berlaku:

  • Badan menghasilkan asid urik berlebihan
  • Buah pinggang tidak mampu buang asid urik dengan baik melalui air kencing
  • Asid urik terkumpul dalam darah
  • Kristal asid urik terbentuk dalam sendi
  • Berlaku keradangan sendi yang sangat sakit

Rumusan: masalah utama ialah asid urik terkumpul dalam badan

Faktor Risiko

Anda lebih berisiko mendapat gout jika paras asid urik dalam badan tinggi. Berikut adalah perkara yang boleh meningkatkan paras asid urik termasuk:

Pemakanan

  • Pengambilan daging merah dan makanan laut (terutamanya kerang) yang tinggi
  • Minuman manis yang mengandungi gula fruktosa (contoh: air bergas, minuman manis berperisa buah)
  • Pengambilan alkohol, terutamanya bir

Berat badan berlebihan

  • Badan menghasilkan lebih banyak asid urik
  • Buah pinggang lebih sukar menyingkirkan asid urik melalui air kencing

Penyakit perubatan tertentu

  • Darah tinggi yang tidak terkawal
  • Kencing manis
  • Obesiti
  • Sindrom metabolik
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang

Ubat-ubatan tertentu

  • Aspirin dos rendah
  • Ubat darah tinggi seperti:
    • Diuretik jenis thiazide
    • ACE inhibitors
    • Beta blockers
  • Ubat pencegah penolakan organ (bagi pesakit pemindahan organ)

Sejarah keluarga

  • Jika ahli keluarga pernah mengalami gout, risiko anda untuk menghidap lebih tinggi

Umur dan jantina

  • Lelaki lebih kerap mendapat gout, biasanya umur 30–50 tahun
  • Wanita jarang sebelum menopaus, tetapi risiko meningkat selepas menopaus (berhenti haid)

Pembedahan atau kecederaan baru-baru ini

  • Pembedahan atau trauma boleh menyebabkan serangan gout
  • Dalam sesetengah kes, vaksinasi juga boleh mencetuskan serangan gout

Gejala / Simptom

Tanda dan gejala gout selalunya berlaku secara tiba-tiba, dan kerap berlaku pada waktu malam. Antaranya:

Sakit sendi yang sangat kuat

  • Selalunya melibatkan ibu jari kaki, tetapi boleh berlaku pada mana-mana sendi
  • Sendi yang kerap terlibat: buku lali, lutut, siku, pergelangan tangan, dan jari
  • Kesakitan biasanya paling teruk dalam 4 hingga 12 jam pertama

Rasa tidak selesa yang berpanjangan

  • Selepas sakit teruk berkurang, sendi mungkin masih tidak selesa selama beberapa hari hingga beberapa minggu
  • Serangan seterusnya biasanya lebih lama dan boleh melibatkan lebih banyak sendi

Bengkak dan kemerahan

  • Sendi menjadi bengkak, sakit bila disentuh, panas, dan kemerahan

Pergerakan sendi menjadi terhad

  • Apabila gout semakin teruk, pergerakan sendi menjadi tidak normal dan semakin sukar digerakkan**

Diagnosis

Doktor selalunya boleh mengesyaki gout berdasarkan gejala dan rupa sendi yang terlibat. Namun, beberapa ujian boleh membantu mengesahkan diagnosis:

Ujian cecair sendi

  • Doktor menggunakan jarum halus untuk mengambil sedikit cecair dari sendi yang bengkak
  • Cecair ini diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat kehadiran kristal asid urik

Ujian darah

  • Untuk mengukur paras asid urik dalam darah
  • Namun, keputusan boleh mengelirukan:
    • Ada orang paras asid urik tinggi tetapi tidak pernah kena gout
    • Ada orang kena gout walaupun paras asid urik tidak terlalu tinggi

X-ray sendi

  • Membantu menolak punca lain keradangan sendi

Ultrasound sendi

  • Menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan kristal asid urik dalam sendi atau ketulan tophi

Imbasan DECT (Dual-energy CT scan)

  • Imbasan khas yang boleh menunjukkan kehadiran kristal asid urik dalam sendi dengan lebih jelas


Rawatan

Ubat gout terbahagi kepada dua jenis utama, dan setiap satu fokus kepada masalah yang berbeza:

  1. Ubat untuk kurangkan sakit dan keradangan semasa serangan gout
  2. Ubat untuk turunkan paras asid urik bagi mencegah komplikasi gout

Pemilihan ubat bergantung kepada:

  • Kekerapan serangan gout
  • Tahap kesakitan
  • Penyakit lain yang anda ada

Ubat Semasa Serangan Gout (Gout Attack / Flare)

Ubat tahan sakit & anti-radang (NSAIDs)
Contoh: Ibuprofen, Naproxen sodium, Indomethacin, Celecoxib
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:

  • Sakit perut
  • Pendarahan gastrik
  • Ulser perut

Colchicine (ubat khas gout)
Contoh: Colchicine
Berkesan mengurangkan sakit gout, tetapi boleh menyebabkan:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit

Corticosteroids
Contoh: Prednisone
Boleh diberi dalam bentuk pil atau suntikan ke dalam sendi.
Kesan sampingan:

  • Perubahan emosi
  • Paras gula meningkat
  • Tekanan darah meningkat

Ubat Untuk Mencegah Komplikasi Gout (Kawal Asid Urik Jangka Panjang)

Doktor akan pertimbangkan ubat ini jika:

  • Serangan gout kerap berlaku
  • Serangan sangat sakit walaupun jarang
  • Sudah ada kerosakan sendi (X-ray)
  • Ada tophi, batu karang, atau penyakit buah pinggang

Ubat yang mengurangkan penghasilan asid urik

  • Allopurinol
  • Febuxostat

Kesan sampingan:

  • Ruam kulit
  • Loya
  • Masalah fungsi hati
  • (Febuxostat) boleh meningkatkan risiko masalah jantung

Ubat yang membantu buah pinggang membuang asid urik

  • Probenecid

Kesan sampingan:

  • Ruam
  • Sakit perut
  • Batu karang buah pinggang

Penting: Ubat kawal asid urik perlu diambil secara konsisten walaupun tiada sakit, untuk mencegah serangan berulang dan kerosakan sendi.

Sumber

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia, Clinical Practice Guideline (CPG) - Management of Gout (Second Edition)
Kongsi:

Penafian Perubatan

Maklumat yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor atau penyedia kesihatan yang berkelayakan untuk sebarang soalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan sekali-kali mengabaikan nasihat perubatan profesional atau menangguhkan rawatan kerana sesuatu yang anda baca dalam artikel ini.

Kandungan

Artikel Popular

Diabetes: Panduan LengkapKolesterol TinggiStrok: Tanda dan PencegahanSerangan Jantung